Khamis, 13 Ogos 2009

Salam...Kesabaran

salam....


sekarang ini bulan sabar...pelbagai ujian dtg melanda umat manusia...
menjelang ketibaan bulan Ramadan tahun ini dugaan demi dugaan menerpa diari hidup insan yang bergelar manusia. makhluk terbaik ciptaan Tuhan!

di dalam keganasan pendemik AH1N1 (selsema babi) meratah korbannya muncul pula virus baru di China berpunca dari tikus dan anjing, ribuan juga korbannya. semua org sibuk bagaimana menghadapi bencana ini, dari pak menteri, ke pengarah jabatan, ke pegawai daerah tak ketinggalan juga imam dan solat hajatnya. bukannya tak bagus mmg patut pun ini yg kita sibukan.

hari ini di saat pemimpin Islam begitu fokus kepada bahaya selsema babi ini rupa-rupanya rencana terhadap Islam masih tetap diteruskan. agenda untuk menyebarkan virus akidah terus berlangsung tanpa mempedulikan virus yg menjadi pendemik di luar.

saya cukup kagum bagaimana mereka yg berada dikelompok sana yg tidak pernah alpa dari menggunakan kesempatan dari apa pun situasi yg berlaku di mana ada ruang dan peluang virus akidah ini harus disebar sebanyak y mungkin...dan mungkin di celah kekalutan inilah waktu yg terbaik kerana tiada pemimpin kita yg akan mempedulikannya lg. bg pemimpin kita ekonomi negara lbh penting krn jika rakyat ketakutan ekonomi akan lumpuh maka "fulus tidak akan masyukkk!!!!!!".

apa yg cuba saya khabarkan ialah semalam saya terpandang pula satu KEBETULAN yang mungkin jg betul, di mana semasa saya duduk sembentar melepaskan lelah, tangan pun gatal untuk menekan-nekan remote astro lalu terpandanglah satu chanel baru 110 YADK. 1 chanel khas dari Astro buat arwah Yasmin (penggiat seni). dan sempat jg mata ini melihat beberapa adegan filem Gubra salah satu filem di bawah arahan beliau.

hati saya tertanya-tanya siapakah dia tokoh ini? mengapa sekian ramai tokoh dan penggiat seni yang pergi meninggalkan kita hanya beliau diberi penghormatan seperti ini? apa sumbangannya kepada seni? dan yg penting sekali apa sumbangannya pada ummah ini?

Justeru sesiapa yg mempunyai mata dan hati yg memerhati dengan ilmu dan ikhlas pasti akan ketemu jawapannya. bukan dengan tujuan untuk menghina tetapi inilah hakikatnya betapa mereka yg sealiran dengannya tidak pernah kenal erti penat untuk menegakkan kepercayaan dan pegangan mereka ttp kita selalu mengeluh dan beralasan dalam berjuang. inilah pejuang Islam akhir zaman!
AL-FATIHAH!

Tiada ulasan: