Rabu, 8 Julai 2009

inilah UKHUWAH Kita!

Salam Perantau...


Lama sungguh rasanya diri ini tidak menulis di ruangan maya ini. tenggelam dalam kesibukan dunia yang fana dan urusan-urusan mencari rezeki. ini lah realiti kehidupan seekor domba yang terpisah dari kelompoknya.

Kini baru teringat kembali semasa sesi usrah semasa di alam fantasi kamus terdahulu... Jika kita duduk keseorang jauh dari Jamaah maka kita semakin hampir ke jalan futur kata naqib kami. kini baru terasa realitinya betapa peritnya hidup di peratauan sunyi dan sepi tanpa sahabat-sahabat seperjuangan.

Bukan mudah rupanya tercampak jauh dari pusat gerak-kerja dakwah. walaupun asalnya kita rasa kita mampu menggerakan dakwah ini secara berseorangan tetapi hakikatnya kita ini cuma insan biasa yang kerdil dan lemah; sehebat mana pun kita pasti akan sampai ke tahap kemuncak kesunyian dan kebosanan berjalan di lembah dan ranjau berduri seorang diri, yang akhirnya menjadikan langkah gagah dakwah yang diorak semakin kendur kalau pun tidak futur.

Tambahan pula diri ini tidak pernah mengenali erti Jamaah dari bawah dan dasar. Lambat sebenarnya diri memulakan jalan dakwah. dan dengan hanya berbekalkan usrah sekali dua sudah di bai'ahkan itu pun dikalangan individu-individu yang tercicir, lewat dibai'ahkan. Kemudian baru sebulan dua menjadi ahli (baru sekali menghadiri usrah) diri ini diamanahkan pula untuk mengetuai lajnah siasah (politik) dan tahun berikutnya diamanahkan lagi menjadi Dewan Harian.

Sungguh betapa sedarnya akan hakikat siapalah diri ini untuk mencambahkah benih dakwah di bumi gersang ini apatah lagi sendirian di sini. Kenapa tidak mulakan dengan usrah? Satu persoalan yang sering diajukan sahabat-sahaba yang jauh di sana. soalan ini sering membuatkan diri ini tertawa sendirian. macam mana nak mulakan diri ini sendiri pun cuma beberapa kali berpeluang menghadiri usrah...layakah pula nak jadi naqib???? bukan calang-calang orang yang akan menjadi ahli usrahnya, ada dua tiga orang ustaz-ustaz lulusan tanah arab yang meminta untuk diri ini memulakanya terlebih dahulu. sedarlah wahai diri... pendidikan agama pun setakat darjah enam itu pun hanya mula masa darjah tiga. nak memimpin orang-orang yang berijazah agama yang tidak pula kurang karenahnya melebihi orang-orang yang tidak memahami apa itu Islam.


Hakikatnya hari demi hari yang berlalu diri ini sudah terasa penat dan mulai kehilangan semangat juangnya di bumi tandus dan terpencil ini tetapi benarlah kata orang-orang lama dalam perjuangan ini UKHUWAH Yang Tulus Mampu Menyelamatkan! Sungguh hati yang sayu ini kembali berbunga mekar seperti hari pertama menjejakan kaki ke sini Hanya KERANA 1 panggilan telefon seorang sahabat seperjuangan yang sekadar bertanya apa khabar kau di sana????!!! Rupanya aku tidak dilupakan!!!

Terima Kasih Sahabatku! inilah UKHUWAH Kita!


insya ALLAH perjuangan ini sedang diteruskan walau dengan langah yang amat perlahan...
Doakan kami disini...

Tiada ulasan: