Jumaat, 14 Ogos 2009

ooooh Muhidin ooooh sharizat!!!

salam...kebenaran.!

Segala puji bagi Allah atas sedikit kesempatan waktu menjelma untuk mencoretkan sesuatu disini.

Menjelang satu lagi pilihanraya kecil iaitu PRK N11 Permatang Pasir berbagai-bagai peristiwa menarik untuk dinukilkan. Media Arus Perdana pun sudah mula menyanyikan lagu-lagu kempen umno / bn lebih-lebih lg umno/bn telah menobatkan calon keramat mereka ptg td. PAS pula dijadualkan akan mengumumkannya malam ini.

Seperti di MU dulu strategi kempen umno/bn dijangka tidak banyak bezanya krn mereka sedang berjuang di medan majoriti melayu. masakan tidak, seawal mukadimah kempen lagi saat muhidin telah "recycle" kembali tema "anak emas"! kalau penduduk yg jauh dari bandar di Kelantan boleh tolak tak tahulah pula jika penduduk di kawasan bandar yg kaya dengan sumber maklumat boleh termakan umpan ini. apa-apa pun ini negara demokrasi, rakyatlah hakimnya... serahkan saja pada pengundi untuk memilih pemimpin mereka nanti. Insya Allah, menang atau kalau bukan soalnya pd gerakan Islam krn Allah tetap bersama kebenaran.

Cuma bila bertembung di kawasan Melayu maka mahu tidak mahu Islam tetap isu yg masih berakar umbi. maka tidak dapat tidak umno terpaksa juga menyentuh soal ini. maka dalam sekelip mata seluruh jentera umno telah pun transform menjadi ulama dan tuan guru yg bertauliah dan paling tidak pun pembela kepentingan ummah! ini lah sifat unik umno yg membolehkan mereka survive sehingga ke hari ini iaitu sifat SESUMPAH!

buktinya tiba-tiba sahaja umno menjadi begitu sensitif dgn isu agama ni... dalam sehari dua ni umnolah yg paling kuat melaungkan slogan anti arak apabila timbul isu arak di selangor. hairan bin ajaib bila umno menggila supaya penjualan terbuka arak diharamkan sedangkan mereka mereka ini sinonim dgn arak ini. contohnya: 1. kilang arak yg tersergam indah menjadi mercu tanda shah alam siapakah yg meluluskannya? 2. sehingga ke hari ini MAS msh serve arak di dlm flight, selaku GLC kenapa tidak diubah? 3. Bekas menteri agama kini di pertahana tidak pula mengambil langkah utk menghalang arak drpd menjadi budaya? 4. sekian lama begitu byk negeri ditadbir umno negeri yg mana mengharamkan penjualan terbuka arak? 5. billboard arak bersepah di negeri yg ditadbir umno kenapa tidak diambil tindakan?

itu satu isu cuma di sini yg saya ingin kongsi ialah lanjutan kepada isu tersebut di mana... muhidin dan sharizat telah memberikan kenyataan yg mereka hairan dan kecewa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong DAP yg kononnya telah menghina Islam. Kata sharizat dia mewakili ummat Islam hairan bagaimana seorang yg mengaku tokoh agama boleh berbuat demikian.

saya tidak dapat mengulasnya krn saya tidak pun mengetahui apatah lagi mendengar apakah yg telah diungkapkan oleh Tuan Guru (krn tidak pun disiarkan dlm berita tersebut; hanya video tanpa audio; seperti selalulah) tetapi yg menariknya ialah apabila di dalam segmen berita yg sama teah ditayangan video muhidin dan sharizat (di dua lokasi berbeza) bersalaman dengan semua hadirin tanpa mengira jantina (siap ada yg cium tangan lg).

lalu terlintas dalam fikiran dangkal saya ini... oooh mcm ni lah pemimpin Islam kita yg sebenar! boleh menyentuh bukan muhrim di sana sini tanpa segan silu mungkin sebab perpaduan 1Malaysia lah katakan. Fesyen pun boleh mendahului syariat! trend lebih utama!

Inilah ulama' PRK @ Sesumpah!

oooh Muhidin oooo Sharizat!

Tiada ulasan: