salam...Ramdan 1430H!
niat asal menghidupkan komputer ni nak siapkan kerja yg tertunggak untuk esok tetapi hati ini macam meronta-ronta nak berkongsi sesuatu di sini, hari ni secara tersuratnya PAS akan bertembung dgn umno di Permatang Pasir. Dengan itu paluan gendang kempen dengan rasminya dibuka hari ini. seperti biasa media arus perdana terus menerus menyiarkan berita yg cenderong kepada ideologi mereka.
tetapi bicara pada malam ini lebih berkisar tentang apa yg saya alami di sini jauh dari kemeriahan PRK di Bulan Ramadan. sebenarnya setelah melihat promo maka saya pun menunggu siaran yg bertajuk Inside Islam di chanel 555 (astro). bukannya apa cuma sekadar nak menambah ilmu di dada.
selalu jg saya menjenguk chanel 555 ni kerana banyak yg boleh dipelajari dari sejarah. cuma pada dokumnetari pada kali ini ada beberapa perkara yg saya kurang selesa bahkan marah. pertamanya dikalangan beberapa tokoh akademik yg ditemubual terdapat beberapa tokoh wanita Islam yg hebat ilmunya tetapi mungkin kurang sedikit pengamalannya (tidak bertudung), tidak dinafikan ada juga seorang dua yg bertudung tetapi bila saya amati rupanya dan nama yg tertera rupanya Pn Aminah Wadud..seorang wanita pertama yg mencipta rekod dunia menjadi imam solat jemaah solat jumaat di sebuah gereja dan makmumnya berbilang jantina! Bukannya apa tetapi saya kurang selesa kerana bagaimana Islam ini akan dihurai oleh orang sebegini!
yang kedua ialah dokumentari ni cuba mengaitkan antara Islam, Yahudi dan Kristian dengan memaparkan beberapa keterangan dari Bible dan pandangan Kristian dan Yahudi terhadap Islam. Hal ini sebenarnya bagus tetapi dokumentari ini pada satu ketika hanya memetik dari pihak Kristian dan Yahudi tanpa menjelaskan kembali dari perspektif Islam. Hal ini boleh membawa kekeliruan yg mendalam. Misalnya di awal dokumentari ini disiarkan asal usul bangsa arab dimana satu kenyataan dari Bibile telah dipetik antara lain membawa makna Siti Hajar telah meninggalkan anaknya Ismail setelah bekalan air mereka habis kerana Hajar tidak sanggup melihatnya anaknya menderita! sedangkan jelas di dalam Islam Hajar tidak pernah mengalah apatah lagi meninggalkan anaknya Ismail.
Itu mungkin boleh lagi saya terima tetapi apabila dokumentari tersebut mengeluarkan kenyataan yg seterusnya iaitu "Bangsa Arab mengakui bahawa Ismail adalah anak LUAR NIKAH Ibrahim" (srikata terjemahan oleh astro). Mungkin ini dari sudut pandangan yahudi tetapi pabila tidak dijelaskan kembali dari sudut pandang Islam, maka hati saya menjadi marah dan kesal.
Kesimpulan awalnya bagi saya dokumentari ini mungkin bertujuan untuk memberikan gambaran g kurang baik terhadap Islam bahkan mungkin boleh mengelirukan dan mungkin lebih teruk lagi bertujuan merendah-rendahkan Islam. dan ini mungkin satu lagi agenda tersembunyi Islam Liberal kerana melihat panelis yg ditemuduga jg sebahagiannya saya rasa dari kelompok mereka. Cuma saya rasa terkilan siaran ini adalah melalui astro yg menggunakan satelit measat milik negara ini, hakikatnya duit rakyatlah yg digunakan untuk membina dan melancarkannya tetapi akhrinya menjadi senjata untuk menghiris hati umat Islam yg sebahagian besarnya turut menjadi pembayar cukai!
Perkara ini perlu dipandang serius! mungkin PRK Permatang PASir satu lagi ruang terbaik untuk rakyat bersuara dan membuktikan bahawa dalam demokrasi rakyat adalah hakim yg sebenar! Selamat membuat perubahan.
(p/s: saya x tengok dokumentari tu sampai habis!)
Salam Ramadan AlMubarak 1430H!
Isnin, 17 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan