Ahad, 26 April 2009

salam...rantau perjuangan

salam...

segala puji bagi ALLAH yg telah memberikan nikmat yg tidak tehitung buat diri ini kerana buat kesekian kalinya cubaan demi cubaan utk mencuri-curi sedikit cuma waktu yang terluang berhasilnya akhirnya untuk kembali memenuhi keinginan hati yg sekian lama merindui untuk mencoret sesuatu di laman ini.

banyak sekali isu, cerita, peristiwa dan kejadian yg begitu menarik hati ini untuk diluahkan. ilham datang mencurah-curah tetapi apakan daya diri yg kerdil ini seringkali kalah dengan aturan masa yg begitu tajam memintas kita.

dari hal politik negara yg semakin menarik warnanya ke hal-ehwal jamaah yg semakin mematangkan minda dan hal-hal perjuangan Islam setempat dan tidak lupa juga perihal masyarakat yg semakin pelik.

Politik Negara

sekalung tahiah buat PM ke 6 negara krn menerima kerusi empuk yg merupakan amanah yg cukup berat ttp paling diidamkan oleh sekian ramai manusia di negara kita.

saya merasa tertarik dgn beberapa langkah yg di ambil oleh PM kita ni d dlm usaha beliau untuk membuktikan dirinya berbeza dgn PM yg terdahulu... langkah utk memebuat beberapa siri lawatan mengejut merupakan langkah yg baik untuk melihat bagaimana susuahnya hidup rakyat.

walaupun beliau tidak lagi melagukan slogan islam hadari tetapi nampaknya Pm kita ni mengikut jejak saidina umar al khattab utk keluar dan meninjau keadaan rakyat. saya rasa musti Pm kita ni dah by belajar ttg kesusahan rakyat kan. mana tidaknya beliau sanggup menaiki lrt utk ke central market... memang susah nak melihat pemimpin kita yg macam tu skrg ni.

tetapi ingin sekali saya berkongsi satu soalan mudah yg akhirnya membuka minda ini...
Ayah..Ayah...PM kita ni beli tiket tak masa naik keretapi tu??? tanya anak kecil kpd ayahnya... kebetulan saya jg mendengarnya...
tiba-tiba ayahnya ketawa lalu menjawab Pm tak perlu beratur beli tiket, tak perlu bersesak dalam coach keratapi... kalau naik kereta pun tak payah bayar minyak, tol pun free dan kalau jalan sesak boleh guna polis trafik utk suruh semua org ke tepi...

saya pun turut tertawa mendengar jawapan ayah kanak-kanak tersebut... tapi tak pelah sian juga pada PM kita ni mesti penat krn menjadi rakyat biasa sejam dua di celah-celah kesibukan kerja PM beliau. harap2 tindakan beliau selepas ini membuahkan nikmat utk rakyat pula.

tapi saya sedikit meraguinya...maafkan saya ya PM. mari saya kongsikan pandangan saya..yg pertama ialah tindakan pm menarik balik syarat pegangan ekuiti 30% bagi pelaburan asing dlm sektor perkhidmatan dgn alasan supaya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara... saya ni bukannya org ekonomi ttp apa yg saya rasa mmg lah akan lebih ramai pelabur asing akan banyak melabur dlm negara ttp apa manfaatnya kpd bumiputera? semua hasilnya milik org asing.. org kita cuma makan gaji yg cukup-cukup makan... mcm zaman british dulu...org putih ambil hasil mashul kita dan bawa balik negeri dorg. kayanya sampai hr ni buktinya penganggur di britain msh dpt elaun...bahagianya..kan.

yg kedua isu kenyataan kabinet melalui menteri parlimen dimana dlm kenyataannya yg pnjg lebar ada sedikit pernyataan yg menyatakan bahawa penceraian tidak akan terjadi scr automatik apabila salah satu drpd suami atau isteri menukar agamanya... saya ni bukanlah ahli agama ttp menurut pemahaman yg dangkal ini. kalau salah seorgnya memeluk Islam maka dari sudut undang2, mereka msh lg sah suami isteri maka hubungan suami-isteri msh lg blh dilakukan sdgkan ia nyata bercanggah dgn hukum ALLAH itu sendiri....Hanya ALLAH lah yg lebih mengetahui...

Justeru, saya ingin tutup coretan kali ini dengan pertanyaan adakah sudah putus harapan kita utk melihat lahirnya pemimpin yg benar-benar jujur dan ikhlas bekerja utk rakyat. yang mana akan makan..tidur dan hidup sama seperti rakyat bawahan????

seperti ini???





Tiada ulasan: