Rabu, 5 November 2008

PEJUANG YG PENAKUT???

Cabaran sudah bermula....

salam...

Setelah sekian lama tidak bersua di laman maya ini, kini barulah terluang sedikit kesempatan dan ilham untuk menulis. Tidak dinafikan bahawa mungkin banyak kelapangan yg datang menerjah tetapi apakan daya belum mendapat sentuhan akal untuk menukilkan sesuatu.

Alhamdulillah diri ini telah terpilih utk menabur bakti sbg seorang pendidik. Segala puji atas segala nimat kurnianNYA negeri yg dihajati juga yg diberi. Semuanya kelihatan baik dan berjalan lancar tidak banyak masalah dan rintangan yg dilalui buat masa ni.

Kini aku hanya menghitung detik menunggu taklimat awal yg dijadualkan bermula 11 nov sehingga 13 nov dan dijangkakan akan melaporkan diri pd 14 nov di sekolah yg masih lagi misteri lokasinya.

Di tengah-tengah kesibukan rutin seharian yg kini bertambah dgn kotrak gambar konvo PASTI tiba-tiba renungan mata tertumpu pada sticker gambar tuan guru mursyidul am yg sekian lama menjadi kebanggan yg menghiasi cermin hadapan kereta kecil itu.

Lantas tergambar seketika dibenak hatiku ketika menghadiri taklimat penempatan itu nanti masih di situ lg kah sticker itu??? mungkinkah aku akan menanggalkannya??? kuatkah aku utk memberitahu semua pegawai di sana nanti bhw aku ini seorang aktivis pembangkang????

Ketika aku mengutarakan persoalan yg menghantuiku kpd shbt yg sama-sama menjayakan tander gambar tersebut tanpa ku duga hanya deraian ketawa yg terpacul dr mulutnya...

Aku sendiri merasa hairan pada mulanya tetapi apabila aku mengimbau kembali kenangan di kampus sebelum ini, rasanya masih teringiang-ngiang lagi gema suaraku yg menerangakan kpd shbt-shbt sekalian yg kita perlu kuat utk menghadapi mehnah dan tribulasi dlm perjuangan ini...

Aku pun terasa mahu mentertawakan diri sendiri krn kini baru betul bertemu buku dgn ruas...padan muka diri sendiri.

Tetapi sehingga kini aku masih buntu mencari jawapan sebenarnya disebalik persoalan yg begitu mudah ini....Masihkah sticker itu melekat ketika aku melangkahkan kaki di hari pertama sbg seorang pendidik???

Ya Allah Engkau kuatkanlah hamba Mu yg lemah ini.....

Atau mungkinkah benar sekali kata-kata shbtku td yg aku ni sebenarnya seorang PEJUANG YG PENAKUT???

Tiada ulasan: