Jumaat, 31 Oktober 2008

Mari renungkan gambar ini...???


salam...

lama tidak berkesempatan nak menulis kerana skrg dah jadi "bujang sementara" tetapi terjupa dengan gambar dan artikel ni moga dapat menjadi pengisi kekosongan ini....

Soalan tentang anugerah Datuk terhadap pelakon Bollywood itu nampak semakin tidak ada ertinya.

Tambahan pula pelakon itu dijangka akan berada di Malaysia tidak lama lagi.

Kita tidak pasti apakah beliau datang dengan perbelanjaan sendiri ataupun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka.

Namun sesuatu yang ingin kita lihat, apakah akan terjadi jika Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dengan memakai baju PAS dan membawa bendera parti itu seperti foto yang disiarkan?
Apakah gelaran Datuknya akan ditarik balik oleh kerajaan Negeri Melaka? Apakah Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengamuk sebagaimana apa yang terjadi apabila Hang Jebat mengamuk kerana Sultan Melaka, Sultam Mansur Shah menitahkan hukuman bunuh terhadap sahabat setianya Hang Tuah yang juga telah dianggapnya sebagai abang. Jika Mohd Ali Rustam mengamuk terhadap Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka, apakah kesudahannya Tun Khalil Yaakob akan kembali ke Pahang sehelai sepinggang ?
Apakah kelak, Datuk Seri Adnan Yaakob bersedia menerima kehadiran Tun Khalil Yaakob untuk kembali berada di bumi Pahang. (Walaupun Bin nama yang sama - Yaakob, tetapi bapa tetap berlainan - mereka berdua bukan adik beradik la....)
Apa pula reaksi , tindakan dan keputusan yang akan diambil oleh Pesuruh Jaya PAS Negeri Melaka dan Dewan Perhubungan PAS Negeri Melaka. Adakah PAS Negeri Melaka akan memberikan sambutan "WELLCOME SHAH RUKH KHAN" dengan sambutan secara "grand ?"
Jika ini berlaku bukankah kecoh jadinya puak-puak UMNO ini.

Lagi pun difahamkan aktor itu beragama Islam.

Maka sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Bahkan dulu dalam lagunya ada menyebut "Tum Pas Ser Air" dan juga lagu "UM NO Ko Ko Ko", maknanya UMNO akan K.O dan PAS akan tumpaskan UMNO. Ini yang diberitahu oleh Ustaz Akhil Hayye sebelum menyertai ASTRO Awani.

Cuba tengok foto yang kami siarkan ini, Shah Rukh Khan membawa bendera hijau putih kemudian ada tulisan "Kaun Haga PAS" pada pentas hijau (anak panah kuning) itu.

Kita tunggu apa akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini.




Sekian dan Wassalam.

Tiada ulasan: