Selasa, 11 November 2008

Hari ini penentu segalanya...

Salam Ukhuwahfillah...

Insya ALLAH sebentar lg aku dan shbt2 akan melapor diri di taklimat penempatan....bagaimana nasib ini insya ALLAH akan diketahui. Sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki di manakah diri ini akan dicampakkan....

Justeru itulah penentunya jika ditakdirkan ke kawasan pendalaman aku tetap redha atas ketetapan Yang Maha Kuasa. Jika aku ditempatkan diluar bandaraya metropolitan ini bermakna dengan rasminya aku akan melepaskan jawatan sebagai SU pemuda...

Dan seandainya masih lagi di bandaraya dakwah ini maka aku perlu bersiap-sedia untuk membuktikan komitmen yg dicanang-canang kan di kampus dahulu iaitu kerjaya dan rumah tangga bukan penghalang JIHAD ini...

Cuma yg menjadi persoalan yg berat buat diriku andainya aku terhantar jauh dihujung benua sana adakah aku masih istiqamah dlm perjuangan ini???? mampukah aku mengharungi suka duka dlm berdakwah menegakkan agama tauhid ini tanpa teman-teman seperjuangan di sisi???

Masih terngiang digegendang telingaku usrah yg disampaikan oleh murabbi kami merangkap kp bahawa biar kita sendiri segala gerak-kerja jamaah perlu diteruskan jangan dibiarkan mati. mulakan dengan sendirian kemuadian bina kekuatan dan bawa bersama masyarakat disekitar...

Kuatkah diriku, isteri dan zuriatku yg bakal lahir nanti untuk menempuh dugaan ini??? Ya ALLAH ku serah diri ini pada MU dan aku redha atas segala ketetapan MU. Yang ku pinta ampunkanlah segala doasa-doasa ku yg terlalu banyak cuai dlm menjalankan tanggungjawab dan amanah yg dipikulkan dipundakku selama ini. Berikan ku kuatan wahai TUHAN yg memiliki segala sesuatu untuk ku terus berada di jalanMU.....

Semoga berjumpa lagi di lembaran baru...

TAKBIR!!!!

Tiada ulasan: