Rabu, 19 November 2008

Melengkapkan Perjuangan????

salam....

Di dalam debaran untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah yg terletak di salah sebuah daerah bawah peta negeri ini...sempat juga bersembang-sembang kedai mamak bersama org kuat HALAGEL yg kebetulan berada di sini.

Aku bersama seorang lagi teman yg kebetulan bersama mempunyai agenda yg sama sebelum itu telah memenuhi undangan untuk minum teh yg ditawarkan. banyak perkara yg sempat kami bualkan sehingga sedar-sedar jam sdh menunjukan angka 2! ya 2 am....

Biasalah semuanya disekitar dunia perniagaan HALAL yg menjafi Fardhu Kifayah buat umat Islam tetapi sebagai seorang pencinta ISLAM maka mahu tidak mahu perkara tentang jamaah pasti juga dikaitkan.

Satu persoalan yg menarik untuk diutarakan di sini... sepanjang kita berada di saf dakwah ini, sejauh mana sudah kita merakyatkan perjuangan ini???? Bukannya apa kerana kita melihat kadangkala persepsi ahli sendiri yg merosakan fokus dan halatuju jamaah kita. Masih perlu diakui bahawa masih ramai yg melihat sinis individu-individu dalam jamaah yg melakukan perkara yg luar drpd kebiasaan kita (tetapi msh dlm batasan syarak).

Misalnya di kampus dahulu jika ada sahabat-sahabat yg fokusnya pd menggerakan ekonomi atau perniagaannya maka mulalah berbunyi kokokan-kokokan di sana sini bhwa ia telah tidak lg berminat utk berjuang ISLAM....

Ya mungkin itu lah hakikatnya kerana kebenaran pernyataan tersebut tepat bg kes-kes tertentu tetapi sikap dan perangai kita yg begitu cepat menghukum sesuatu perkara menjadikannya sebagai satu generalisasi yg sebenarnya boleh diragui kebenarannya.

Mungkin kita terlepas pandang bahawa ISLAM ini amat luas perjuangannya perlu mencakupi semua arah dan aspek; tidak boleh tegakan hanya sebahagian shj (juzi'yah). Dahulu kita seringkali berbicara bahawa ISLAM ADALAH CARA HIDUP tetapi pernahkah kita terfikir bahawa selepas mengungkapkan kata-kata itu di manakah alternatif yg mampu kita berikan kepada masyaratkat bagi menjayakan tema di atas???

Pernahkah kita selidiki dimanakah pilihan bagi umat ISLAM di bidang ekonomi???? Mana perniagaan yg kita bangunkan atas dasar maslahah ummat? Di mana pula sumbangan kita pada masyarakat di bidang sosial??? mana satukah hospital yg berteraskan syarak yg kita miliki???

Mungkin ada yg menjawab ada beberapa yg dibangunkan oleh jamaah di peringkat pusat..BENAR tetapi bagaimana pula di tempat kita??? Di negeri bertuah ini yg subur sbg medan dakwah ini??? Ya diperingkat pusat telah selesai tanggungjawab mereka tetapi kita perlu juga tunaikan Kewijipan Fardhu Kifayah kita dibumi seberang ini!

Justeru kepada adik-adik di kampus terutamnya pimpinan jgn begitu mudah menghukum org-org yg berminat dgn aktivt ekonomi misalnya sbg mudah futur tetapi bantulah mereka agar mereka mampu menjadikan bakat usahawan mereka itu bermanfaat buat ummah dan jamaah. Pimpin dan tunjukilah meraka agar mereka tidak menyimpang dr halatuju jamaah; dan sesungguhnya ketahuilah bahawa yg seperti itu lebih baik drpd menjadikan mereka musuh kita....

Biarkan setiap individu membangunkan satu nilai drpd beribu nilai di dalam hidup ini agar akhirnya masyarakat mempunyai pilihan yg terbaik untuk mengamal dan seterusnya menegakan Syariah Islamiyah di semua aspek kehidupan ini...

Benar juga kata-kata org kuat Halagel pd malam itu...belajarlah drpd rakan-rakan kita yg berjuang di luar sana (HAMAS, IKHWANUL MUSLIMIN) , bagaimana mereka melengkapkan jamaah mereka dgn perniagaan ISLAM, perkhidmatan sosial ISLAM dan sistem urus tadbir yg ISLAM lagi baik sblm mereka berjaya menawan hati rakyat utk menyokong aspirasi dan cita-cita mereka!!!...

Selamat Bekerja dan membenarkan org lain jg bekerja....

Tiada ulasan: