Selasa, 23 September 2008

salam akhir ramadhan...

salam akhir ramadhan,

Di akhir-akhir lambaian ramadhan 1429H ini rasa terpanggil pula untuk mencoret sedikit apa yg terbuku di hati ini.

pertamanya saya mengungkapkan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd sahabat-sabahat yg tidak pernah jemu-jemu menyeru manusia sekaliannya untuk merebut peluang keemasan drpd sekian banyak tawaran hebat penghabisan stok ramdhan yg ALLAH kurniakan kepada hambanya yg beriman dan beramal soleh.

cuma sedikit rasa terkilan sanubari ini apabila masih lagi terdengar suara-suara yang menyatakan maafkan ana sheikh ana tak dapat nak tolong jayakan program ni ana nak iktikaflah di masjid.

mungkin ada yg kata tak salahkan ungkapan di atas itu td tetapi pada saya sebelum nak menilai ia bersalah atau tidak perlulah dilihat kepada siapa yg telah melafazkannya.

jika kata-kata itu lahir dr orang kebanyakkan maka tidaklah pula menjadi kesalahan pada hemah saya tetapi amatlah menduka-citakan sekirannya butiran itu tadi lahir dari mulut seorang daie.

kenapa saya berpandangan begitu???

mungkin kita terlupa krn sblm ini mulut seorang daie itu jg lah yg telah mengungkapkan kata-kata baiah kpd perjuangannya untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka ini, lalu pantaskah mulut yg sama juga menuturkan bicara di atas...

ini bukan bermakna saya menentang keinginan si daie td untuk mengabdikan diri kpd ALLAH bahkan saya amat menyokongnya serta menggalakannya krn itulah yg diwariskan oleh kekasih kita Muhammad penutup segala nabi.

cuma tidakah pelik sekiranya kita dalam kerangka mendekatkan diri kepada ALLAH dan mengharapkan keampunan ALLAH tetapi pada masa yang sama kita berundur dari medan dakwah kita???

ramai yg menyatakan bahawa pandangan saya ini agak ekstrem tetapi pada saya medan dakwah kita adallah medan jihad kita dengan erti kata yang lain adalah medan peperangan. masakan tidak, jika di zaman rasul jihad mereka adalah secara qital (peperangan senjata) mereka tetap menempunhya walaupun di bulan ramdhan misalnya perang badar al kubra tetapi tidakkah ganjil sekiranya di dalam peperangan kita hari ini untuk memastikan Islam akan menjadi pemerintah di negara ini kita boleh pula meletakan sementara panji jihad di dalam almari dengan alasan semata-mata untuk mencari kerdhaan ALLAH.

mungkin kerana lemahnya ilmu saya, seingat-ingat saya belum ada lagi saya pernah berjumpa dengan sirah Nabi dan para sahabatnya yang meninggalkan medan jihad untuk beribadah melainkan mereka tetap beribah di dalam jihad mereka itu!!!

justeru kepada para sahabat sekalian program dan perancangan yang telah diatur demi menegakkan Islam perlu diteruskan bahkan diperhebatkan di penghujung ramadhan ini dan pada masa yg sama marilah kita meningkatkan kualiti ubudiah kita kepada ALLAH....

selamat beramal...

sekian, salam akhir ramdhan...

Tiada ulasan: