Jumaat, 25 Julai 2008

masihkah aku ni aku????

salam...

adakah aku masih diriku???

saya semakin keliru dan terpana sendirian pakah benar aku telah berubah atau saya masih lagi saya. hidup hari ini telah jauh berubah (rasanya) ye lah dulu bujang sekarang dah berdua dan mungkin seandainya ada sebesar-besar kurnia dari ALLAH mungkin januari 2009 lahirlah zuriat yang sulung..moga-moga ia adalah rezeki teragung buat kami dengan kurnian zuriat yang soleh (qabul ya ALLAH). dulu masih lagi mengaji tetapi sekarang sedang menanti interview untuk ke alam pekerjaan... jauh sudah rasanya saya telah melangkah tetapi berubahkah aku???

dulu ketika mula mengenal kancah perjuangan di kampus tidak terfikir bahawa manah yang besar rupanya sedang menanti hari ini, mampukah aku memikulnya??? dahulu di kampus banyak sahabat yang sentiasa hadir di sisi menemani diri menempuh onak dan duri perjuangan mendaulahkan kalimah tertinggi ini tetapi kini pekerjaan (walaupun separuh masa) telah menjauhkan kita dengan saf sahabat-sahabat sefikrah...walaupun seditik cuma terpisah tetapi kuatkah diri sekiranya diri ini diuji ketika sedang bersendirian????

sehingga kini saya masih belum mendapatkan kepastian masihkah saya adalah saya atau berubahkah aku atau masakah yang sebanarnya sedang berubah??????????


Tiada ulasan: