Jumaat, 27 Jun 2008

sekadar lontaran hati renungan akal

salam...

mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui bhw jik bukan lagi muda seperti dulu. apa tidaknya tidak lama lagi pj11 akan di lahirkan. usia semakin meningkat maka perwatakan dan pemikiran sewajarnya bergerak senada dgn pertambahan angka.

tetapi...

tetapi realitinya kita msh lg berada di tahap yg sama tidak lagi berubah. 1 hakikat yg cukup pahit namun kelihatannya seolah-olah cukup enak untuk kita telan...kita msh di tompok lama tidak berganjak, buktinya??? buktinya mengapakah sejak sekian lama jik dilahirkan ttp shgga ke saat kini mengapa tidak ada lg KITA yg berjaya membuktikan kpd kawan dan lawan bhw kita berjaya melangkah keluar sebagai golongan KELAS PERTAMA. istilah yg tepat adlh MUSTAHIL..MUSTAHIL dan MUSTAHIL..

apa tidaknya golongan kelas kedua atas pun boleh dihitung dgn jari!!!! maka di manakah silapnya??? salah abg2 dan kakak2 dahulukah? atau salah adik2 hari ini? jika kita terus mencari siapa yg bersalah maka sebenarnya kita memang belum lg matang walaupun akan mempunyai anak yg ke11 tidak lama lagi.

Kita perlu sedarkan diri kita dan adik2 kita secara serius mengapakah kita begitu liat untuk kembali ke kampus... menabur bakti sebagai tenaga pengajar pula setelah sekian lama berbakti sebagai seorang penuntut??? belum ada seorang pun yang benar-benar tega dan cekal hatinya untuk berkorban kembali semula ke kampus bagi menyahut cabaran dan memikul beban sebagai pemandu arah kpd adik2 yang sedang mengemudi bahtera jik. kesian diri kita dan adik2 kita, bahkan kesian dan takziah juga buat anak cucu kita yg mungkin menyertai jik satu hari nanti....

sekaranglah masanya utk kita mula berubah, mari kita buktikan kelas pertama bukan angan-angan dan kembalinya tenaga kita ke kampus bukan lagi mimpi di siang hari...

salam angin perubahan
dr negeri di bawah bayu...

Tiada ulasan: