Sabtu, 26 Julai 2008

alangkah indahnya ukhwah Islamiah!!!

Salam...

hidup ini tidak selama indah kerana suka dan duka akan silih berganti umpama putaran roda. kadang-kadang cerah dan kadang-kadang suram. begitulah juga dengan hidup di alam perjuangan yang penuh onak dan duri.

hari ini saya sekadar ingin meluahkan sedikit rasa tentang apa yang telah saya perhatikan selama ini. hari ini secara jujurnya saya melihat manusia semakin terpengaruh dengan falsafah kapitalis ciptaan tamadun barat (western civilazation), masakan tidak dari sejak mereka (barat) mula melaksanakan apa yang mereka gelar beban orang putih (white men burden) untuk membebaskan manusia yang kononnya saat itu jauh ketinggalan daripada peradaban mereka, maka segala unsur kapitalis telah mula diserapkan ke dalam hati masyarakat timur ini yang dapat dilihat dengan jelas dengan slogan mereka gold, glory and gospel...

begitulah lamanya kita masyarakat timur telah disogok dengan hal ini sehingga ianya telah hidup subur dalam jiwa kita walaupun tanpa kita sedari. yang lebih parah fenomena ini sebenarnya turut membarah di dalam jiwa insan-insan yang berada di saf hadapan barisan tajdid dan Islah yang mempunyai matlamat suci untuk lil i'la kalimatullah.

maksud saya di sini ialah kita hari ini telah termakan racun individualistik! itulah hakikatnya. maafkan saya, mungkin saya melihat daripada sudut yang berbeza dari saudara-saudar di luar sana. saya sekadar terpanggil untuk menulis kerana hampir setiap hari saya mendengar rintihan, luahan dan cetusan rasa sahabat-sahabat yang sama-sama memilih jalan yang jarang dipilih oleh orang ramai hari ini...masing-masing terus mengatakan bahawa kenapa seolah-olah aku seorang sahaj yang bekerja orang lain mana??? masa bercakap ramai tetapi masa bekerja kenapa tinggal aku seorang??? kenapa aku sahaja yang ingin bergerak pantas tetapi yang lain lembab sahaja??? inikah ukhuwah kita??? dimanakah ukhuwah??? dll...

sebenarnya saya berpandangan itulah yang dikatakan individualistik yang menjadi virus dalam gerakan kita hari ini, kenapa??? kerana bagi saya jika kita matang dan berjiwa merdeka semestanya kita yakin dan percaya bahawa Allah menciptakan sesuatu dengan tujuan dan fungsinya tersendiri. Maha Suci Allah dari menjadikan sesuatu dengan sia-sia. kenapa kita selalu melihat oirang lain dari kaca mata kita sendiri sedangkan mereka tidak dijadikan oleh ALLAH sebagai kita??? kita selalu menilai orang lain dengan kayu ukur kita sedangkan bagi saya ini amat tidal adil! kita sering bertanya kenapa mereka tidak bekerja seperti aku??? sedarlah wahai saudaraku mereka bukanlah diciptan sama seperti kita kerana initulah ALLAH menjadikan manusia ini kelihatan sama tetapi sebenarnya banyak berbeza.

justeru sekiranya kita terus menghukum orang lain tidak bekerja sama seperti kita atau bersama-sama bekerja dengan kita adalah orang yang telah mninggalkan perjuangan adalah konklusi yang amat silap. sedarlah wahai saudaraku mungkin mereka bekerja di dalam bidang yang bukan kita ahlinya dan tidaklah perlu semua orang menayangkan apa yang mereka telah alukukan di alam jihad ini. cukuplah ALLAH sahaja yang mengetahui dan menilainya...

maka alangkah baiknya sekiranya kita berhenti daripada menuduh orang lain meninggalkan kita bekerja sendirian dan kita terus bekerja di dalam bidang kita dan kita biarkan mereka bekerja di dalam bidang mereka... maka akhirnya kita pasti dapat melihat Islam kembali ditegakkan secara syumul di dalam segala bidang (fi kulli hal)...

bersangka baiklah wahai saudaraku kerana kita sebenarnya tidak bersendirian kerana ramai lagi saudara kita diluar sana yang sama-sama bekerja untuk memenagkan Islam cuma di dalam metodologi yang berbeza sedangkan matlamatnya masih lagi selari dan sama!

alangkah indahnya ukhuwah Islamiah!!!!

Tiada ulasan: