salam...
sekali ombak menghempas pantai sekali juga pantai berubah, begitulah jg dengan hidup manusia. hidup manusia tidak statik dan pegun sebaliknya sentiasa berubah sebab itu lah orang-orang lama umpakan hidup ini umpama roda yg berputar kerana hidup kita di muka bumi ini jg adalah sebahagian perjalanan yang sentiasa bergerak dalam siri kembara yang panjang bermula dengan alam roh dan pasti akan berkahir dengan yaumulkiamah.
hidup saya dan isteri jg begitu... oleh kerana sudah menjadi ketua keluarga maka mahu tidak mahu saya perlu memikul amanah yg telah terpatri kemas sebaik shj lafaz ijab dan qabul disahkan oileh para saksi...
saya kini telah bekerja dan isteri pula masih bergelut dengan tesisnya... masa rasanya semakin singkat dan rutin hidup jg semakin sibuk...susah jg rupanya mengemudi bahtera yang bernama rumahtangga ni kerana rumahtangga kita tak sama dengan orang kebanyakan, rumahtangga kita berlainan kerana asas dan tapaknya juga tak sama dengan kbanyakan pasangan suami isteri.
benarlah kata tuan-tuan guru kita pujukan wanita yg bergelar isteri ini mampu menganyutkan dan meneggelamkan kebijaksanaan sang perkasa suami. justeru, bagi kita yang memiliki prinsip dan arah tuju perjuangan hidup yang tidak dikongsi oleh kebanyakan manusia hari, mahu tidak mahu sekiranya ingin istiqamah dalam medan yang berat dan besar ini harus perpegang teguh dengan seruan rumahtangga muslim.
saya dan isteri kini telah melangkah setapak lagi dalam pelayaran bahtera rumahtangga kami, sebaik sahaja doktor mengesahkan bahawa isteri saya telah berbadan dua lewat mei yang lalu... segala perit-jerih menjadi nahkoda kapal yang kadang kala di lamun badai menggila hilang sekelip mata. segala puji hanya bagi ALLAH atas kurnianya yang cukup besar ini... tidak tergambar nikmat bakal menjadi ayah ni hanya yang pernah merasainya shj yg tahu(jd klu nak rasa apa tunggu lagi mula kan langkah pertama SKRG!)
cuma sedar tidak sedar sebenarnya dalam nikmat juga ada ujian dalam keseronokan pasti ada dugaan...hati seorang ayah cukup hebat kerana seorang ayah yang sejati pasti akan melebihkan anak dari dirinya sendiri, justeru mungkin langkah perjuangan sang perwira yang dulunya gagah mungkin selepas ini kian longlai dan akhirnya tempang...
Ya ALLAH aku berlindung darimu dari kehilangan arah dalam mengikuti jejak para kekasihmu yang telah engkau kurniakan mereka dengan gelaran as-syahid....
Selasa, 17 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan