Jumaat, 28 Disember 2007

raya selepas raya

Dengan kalamullah pembuka bicara...

Walaupun laungan takbir adiladha telah berlalu ttp saya dan isteri serta beberapa sahabat msh lg mempunyai kesempatan untuk meneruskan program jalan-jalan jejak sahabat.

Setelah perbincangan demi perbicangan maka rencana perjalan pun termatrilah, maka dicananglah disegenap penjuru bahawa kita akan bertemu di destinasi tepat jam 7.00 malam.

Apakan daya, kita merancang, ALLAH pun merancang dan milik ALLAH lah sebaik-baik perancangan... akhirnya hanya 1 drpd 3 kumpulan yang sampai on time, rombongan ana pulak sampai jam 8.30malam kerana telah tersesat. manakala satu lagi rombongan hanya dapat sampai jam 9.30malam kerana ada urusan yang tidak dapat ditangguh lagi.

Dipendekan ceritanya sampailah jua akhirnya kami ke rumah sahabiah (sahabiah ni baru shj pindah ke kaw ni) tadi, maka tersajilah sekian hidangan yang menyelerakan, ada pisang berintikan kacang tanah, ayam masak likuk, sup dan soto. lalu dengan segera ditamatkanlah segala irama keroncong yang bermain-main di dalam perut yang minta di isi sejak tadi lagi.

macam biasalah lama tidak bersua maka, makan pun disulamlah dengan buah bicara mengubat rindu setelah sekian lama tidak bersua...

macam-macam lah yang dibualkan tetapi setelah sekian lama ana masih tertanya-tanya kenapa masih belum lagi kelihatan suami sahabiah td??? akhirnya terpacul jualah persoalan yang terbuku di hati...akhirnya barulah ana tahu suaminya tidak tinggal serumah dengan si isteri kerana tempat kerjanya yang jauh..hanya pulang menjengah sehari dua dalam sebulan.

lalu tinggalah si isteri berdua-duaan dengan ibunya... lahirlah kekaguman dalam diri saya betapa cekalnya sahabiah (kakak) seorang ini, masakan tidak; mari kita selusuri pengalamannya...

perumahan yang kami kunjungi adalah perumahan yang baru sahaja dibuka, semasa samapai dan hendak pulang sempat juga menjeling ke kiri dan ke kanan..hanya dua, tiga buah rumah sahaja yang berpenghuni yang lain masih lagi kosong dan gelap-gulita...

jalan masuk ke kawasan tersebut gelap dan tidak ada sign board itulah sebabnya kami tersesat... seram juga suasananya dengan jalan yang rosak dan keadaan sekeliling yang sepi. ditambah lagi dengan keadaan rumah sahabiah tersebut yang tidak bergrill dan berlangsir.

ada juga sahabat yang sempat bertanya mcm mana kalau nak beli barang keperluan harian, sahabiah tersebut menjawab terpaksalah membeli di pekan atau di bandar berhampiran... ana pun menjengok keluar tidak pula kelihatan sebarang kenderaan yang terparking.

jawabnya sahabiah tadi naiklah pengangkutan awam ke pekan rm0.50 dan ke bandar rm1.00. kalau ke bandaraya rm 3.00. maka tergamamlah sekalian yang hadir apabila sahabiah td memberitahu dia perlu berulang-alik ke klinik setiap bulan dengan menaiki bas tambang untuk menjalani pemeriksaan kadungannya(anak sulung)!

tidak boleh saya bayangkan kalaulah sudah sarat nnt, macam mana keadaannya???

mahu tidak mahu terpaksalah saya akui betapa tabah dan cekalnya sahabat tadi...

teringat kembali saya akan pertanyaan yang lalu, apakah ini nilai persahabat dan ukhuwah fillah kita? kerana sebenarnya sahbaiah tersebut telah berada di situ lebih kurang tiga bulan yang lalu dan tidak ada yang sedar dan tahu!!!

melihatn keadaan rumah yang amat sederhana itu, saya tertanya-tanya juga kenapa begitu keadaannya...dan jawapan adalah kerana rumah asal keluarga sahabiah tadi sebenarnya telah terbakar dan barang-barang yang ada dirumah baru ini sahajalah yang sempat diselamatkan.

aduhai ini laah erti persahabtan kita, terlalu dicanangkan ttp kurang diterjemahkan...marilah kita menilai kembali konsep ukhuwah yang sejati...

Tiada ulasan: