Dengan kalamullah pembuka bicara...
sempena dengan cuti adiladha baru-baru ni, saya berkesempatan untuk pulang ke kampung yang bukan halaman (biasa lah kalau keluarga perantau)...
maka seperti biasalah setelah berehat barang sehari dua, maka rutin harian di kampung pun mula memainkan rentaknya ; apa lagi kalau bukan membantu ayah berniaga...
tahun ni saya dan isteri banyak juga belajar benda baru antaranya belajar macam mana nak buat lemang secara komersial...
tetapi bukan itu sahaja ada pengalaman yang telah mencuit hati saya untuk memaksa diri untuk menggerakkan pena kali ini....
satu hari selepas penat bertarung di gerai ayah, seperti biasa ayah membawa saya, isteri dan kawannya untuk melengkapkan aturcara yang paling dinanti-nantikan ...tentulah pergi MAKAN.
sampai direstoran yang dipilih, secara tidak sengaja saya telah terjumpa dengan seorang kawan lama semasa sekolah menengah dahulu...
dia masih lagi seperti dahulu tidak berubah; masih tetap dengan keadaan kami sebelum saya menemui erti sebenar hidup yang sementara ini.
seperti biasalah selepas bercerita serba sedikit tentang perihal masing-masing, saya memberikan no.tel untuk dihubungi oleh kawan saya dan dia berjanji akan sms saya no.nya krn saya tidak membawa tel ketika itu.
selepas balik ke rumah, saya intai-intai telefon bimbit kalau-kalau ada sms drpd kawan td, tp sampai keesokan harinya masih tidak ada. saya ingat kami akan terputus lg hubungan.
esok petangnya tanpa disangka tiba-tiba kawan saya td telah muncul ditempat gerai ayah saya dengan membawa seorang lagi kawan sekolah saya yang sudah lama tidak bersua muka.
lalu terlintas difikiran saya betapa bersungguhnya mereka ingin memelihara hubungan persahabatan...
saya bertambah kagum, apabila mendapat tahu salah seorang rakan saya telah membuka cyber cafe dan sanggup mengambil kawan-kawan sekolah dahulu yang sedang menanti anggur berbuah untuk menjadi pekerjanya...
saya terasa ajaib bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan untuk membantu kawan-kawan mereka sedemikian hebat sedangkan jika digali secara dalam dasar persahabat mereka cuma kerana kawan sekolah yang pernah berkongsi alam persekolah bersama.
mari kita perhatikan, ramai sahabat yang bersama-sama dalam perjuangan yang panjang ini mendakwa kita mempunyai dasar persahabat yang paling baik iaitu atas dasar akidah perjuangan yang sama lebih mudah dikatakan kerana ALLAH
tetapi realitinya kitalah yang paling kurang menjaga hubungan persahabatan, kitalah yang paling kurang bekorban untuk sahabat, kitalah yang paling kurang memberi kepada sahabat, kitalah yang paling kurang memahami sahabat, kitalah yang paling kurang mengenali sahabat, kitalah yang paling kurang menziarahi sahabat...
lalu bagaimanakah persahabatan kita yang dibina atas nama ukhuwahfillah itu? adakah ia sekadar retorik ahli gerakan sahaja? atau cuma pemanis bibir semata?
Isnin, 24 Disember 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan