Hm...hampir dua tahun aku nda menulis di blog ini. Apakan daya internet yang kurang liputannya dan kehilangan semangat untul menulis menjadi antara puncanya...
Bila disoal baru2 ni tentang padanganku terhadap idealisme perjuangan mahasiswa??? aku terkedu seketika... lama sudah aku tinggalkan alam kampus, rasanya sudah kurang berminat nak memberikan ulasan tetapi suasana hari ini begitu hangat dan mendesak..
maka aku pun berusaha mencoretkan sesuatu disini...
aku amat menyokong idealisme perjuangan mahasiswa! kerana bidangku adalah bidang siasah..selok belok politik kampus menjadi gelanggangku dahulu. sudah semestinya gagasan idealisme perjuangan mahasiswa amat sebati denganku...
aku setuju dengannya adalah kerana ia adalah peranan sebenar seorang pejuang mahasiswa. ingin aku nukilkan disini perlu diingat adik-adikku sebelum kalian jatuh cinta dengan idealisme perjuangan mahasiswa..kenali dahulu apa asal-usulnya? ke mana hala tujunya? dan yang paling penting kenali dahulu diri sendiri; apa tujuannya aku disini?
aku merasa sedih hari ini bila melihat para pejuang idealisme hari ini. mereka menyokong sesuatu adalah kerana semangat bukan kerana ilmu. melaungkan sesuatu kerana merasa ia indah di mata bukan ia memahami intipatinya. akibatnya ramai dikalangan pejuang ini lemas di dalam perjuangannya bahkan bukan sedikit yang terkorban tanpa meneydari bahawa sebenarnya mereka tersesat kerana kejahilan.
amat pelik bagi diriku melihat mahasiswa yang kehilangan nilai ilmiahnya hari ini (tidak lagi membaca, mengkaji, mengamati) merasakan seolah-olah merekalah yang memulakan perjuangan idealisme mahasiswa ini sedangkan hakikatnya kepimpinan perjuangan mahasiswa dari dahulu lagi menegakkan idealisme ini tetapi bukan secara fanatik tetapi secara realistik.
hari ini mereka melaungkan bahawa suara mahasiswa itu suara keramat yang boleh mengubah pandangan masyarakat...aku bukannya ingin menentang impian mereka tetapi aku hairan dengan golongan ini kerana ada sesetengah dari mereka masih belum mampu membuat keputusan yang remeh bagiku. misalanya hari ini aku melihat ada dikalangan mereka yang tertewas apabila diunjuk tangan bersalaman oleh penyampai ijazah yang bukan mahram ketika majlis konvokesyen tadi. sedangkan ada seorang siswi yang tidak pun mempunyai fikrah perjuangan mampu meletakkan tangan ke dada sebagai tanda penolakkan yang cukup sopan =)
ada juga dikalangan mereka yang menyatakan bahawa mahasiswa tidak layak dilayan sebagai penyusun selipar. bagiku apa salahnya menyusun selipar! adakah idealisme perjuangan mahasiswa hari ini memberi gambaran mahasiswa hanya perlu berada di atas sahaja? tak boleh ka mahasiswa membuat kerja2 yang kecil dalam perjuangan? bagaimana nak memahami penderitaan rakyat sekiranya hanya nak jadi bos?
ingatlah kalian bahawa alam mahasiswa hanya sebentar sahaja.. jangan dibuai arus idealisme perjuangan mahasiswa ini sehingga akhirnya menjadi mahasitua yang saban kali menukar kursus dan universiti. jangan sampai tak habis mengaji sudahlah..
jangan kerana dek terlalu ghairah di alam perjuangan idealisme mahasiswa hari ini sehingga tersungkur di pintu praktikal sebelum sempat melangkah ke alam realiti.. kampus hanya medan latihan, pesanku ambil lah sekadarnya di medan latihan dan berbaktilah sesungguhnya di medan realiti. kerja perjuangan ini bertimbun menunggu anda semua wahai mahasiswa sekalian...
Akhir kata selamat berjuangan mencari kebenaran dengan ilmu... dan aku bersedia menyambut kalian di pintu gerbang perjuangan alam realiti..
Selasa, 29 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan