Isnin, 15 Disember 2008

Kisah di Aidil Adha1429H

Salam aidiladha 1429H

Raya Korban kali ini menuntut aku turut mengorbankan sedikit drpd keselesaan diri yg menjadi dambaan kalbu sepanjang masa. Alhamdulillah jadual hidupku di hari perayaan yg pertama tanpa isteri di sisi terisi padat, sedikit sebanyak mengubah haluan dan fokus diri.

Dari misi dakwah-korban ke urusan seorang pendidik membawa ke misi membantu mendirikan MASJID membawa aku dan sahabat-sahabat merantau hujung-ke-hujung bumi yg subur dengan dakwahnya ini dan kalau aku tak salah mungkin mencecah 2000 km. bermula 10/12 shgga ke ptg td baru kembali ke marka perjuangan ini.

tepu rasanya badan ini duduk di dalam kereta berjam-jam dan tepu juga perut ini yg dijamu oleh sahabat-sahabat di sepanjang perjalanan ini...terima kasih daun keladi..

Cuma dikumpul sedikit sisa tenaga yg ada pd diri ini untuk aku kongsikan sesuatu...banyak yg aku ingin ciretkan tetapi biarlah kali ini aku berbicara ttg sedikit kisah kehidupan yg dapat ku kutip sepanjangan pengembaraan kami...

Kisah 1:

Ketika bertemu dgn shbt baik ku selepas majlis walimah yg kami serikan..sempat aku mendapat khabar yang tidak pernah ku jangkakan..rumah tangga keluarga angkat kami sudah rentak dan cuma menanti belah... tidak pernah ku duga keluarga yang diihat begitu sempurna dari luar rupanya merakamkan kisah pahit dan pedih di dalam lipatan. sebuah keluarga tempat kami tumpang bertuduh semasa program-program di zaman kampus dahulu yang kelihatan damai kini sedang menuju ke amalam penceraian dan perpisahan.

Semuanya adalah gara-gara orang ketiga...tetapi apa yg ingin ku kongsikan di sini adalah ketabahan seorang isteri yg wajar di ambil iktabar...kami telah lama tahu bahawa ayah telah menikah satu lagi, kalau tak silap dlm tahun 2006 dgn org gajinya dr indon...tetapi hakikat sebenarnya ayah sebenarnya telah menikah di indon pd tahun 1999! betapa kemas rahsia ayah disimpan oleh ibu angat kami..bahkan ibu teah megajak ayah berpindah jauh dr kampung halaman demi menutup rahsia ini dan menjaga maruah ayah kerana keluarga yg lain masih belum mengetahuinya. keluarga hanya mengetahuinya pada tahun 2006 sama seperti kami..
ibu tidak pernah membezakan anaknya dan anak tirinya krn sebelum aidil adha aku sempat bermalam diri rumah ibu dan melihat ibu melayan baik (menyuakan makanan dan mendukung) anak tirinya yg paling kecil. aku juga mendengar apabila ibu membelikan anak-anaknya telefon bimbit ibu tidak pernah lupa akan anak-anak tirinya; turut dibeikan sekali.

Justeru mengapa harus bercerai soalku??? sebenarnya ayah kini telah berubah ayah tidak lagi menanggung rumah dan anak-anak ibu, balik rumah pun jarang...ketika dua tiga hari aku bermalam di rumah ibu aku juga jarang melihat ayah berada di rumah ibu dan paling besar ialah ayah semakin terlupa bahawa ibu juga mempunyai hati dan perasaan yg perlu dijaga dan dihormati!

Aku begitu hairan bagaimana wanita yg begitu baik seperti ibu boleh ayah sia-siakan...ibu redha dimadukan diwaktu mereka baru mula megecapi kesenangan seduah sekian lama setia di sisi ayah ketika zaman pedih dan susah. pernah ibu bertanya knapa ayah ingin berkahwin lagi??? apa kekurangan ibu??? jawapan ayah begitu mudah tidak ada pa yg kurang cuma ayah nak kawin lg...itu shj! Pernah aku dengar anak-anak ibu marah dengan sikap ayahyg melupakan mereka tetapi aku melihat dengan mataku bahawa ibu tetap menegah anaknya drpd berlaku kurang adab terhadap ayah mereka....

Ibu aku kagumi ketabahan mu! semoga ALLAH menunjuki jalan yg terbaik buat hidupmu!


Kisah 2
Setelah sampai ke markas aku ditugaskan memulangkan kereta yg dipinkam bagi menjayakan misi...setelah selesai tugas aku pun singgah di restoran kegermaran untuk makan chicken chop dan sempat pula bercerita tentang kisah seorang yang telah dipenjarakan kerana berkahwin secara sah! ceritanya begini...

Seorang lelaki ni telah bercinta dgn seorang perempuan yang berlainan agama tetapi walaupun dihalang keluarga, perempuan tersebut tetap nekad untuk menukar agamanya dan berahwin dengan pemuda tadi.

Alhamdulillah mereka telah ijab-kabulkan tetapi rupanya perempuan tersebut masih lagi berumur 14 dan paderi-paderi telah berkumpul dan membua laporan polis bahawa lelaki tersebut telah merogol dan membawa lari gadis di bawah umur. Akirnya lelaki tersebut menerima hukuman penjara 11 tahun dan 14 kali sebatan alau aku tak silap.

Cuma yag aku terkilan adalah mahkamah memutuskan perkahwinan mereka dibatalkan... dan kemungkinan perempuan tersebut telah dimasukakan kembali ke agama asalnya...Walaupun bantahan dibuat kpd jabatan agama dan mahkamah syariah tetapi tidak ada apa2 tidakan yg di ambil oleh kedua-dua agensi td! begitu mudah persoalan rumahtangga ISLAM dan AKIDAH menjadi korban birokrasi undang-undang negara....

Begitulah kisah realiti berlaku di dalam sebuah negara yang mendakwa ISLAM sebagai agama rasminya!


Kisah 3

Sempat juga setelah lama mendengar kisah lelaki yg dipenjarakan td terkeluar pula kisah yang sedikit meruntut hati kecilku...kisahnya begini..

di dalam penjara pemuda tadi sempat bersua dengan seorang yg bertanggungjawab di dalam usaha mendidik anak bangsa yg turut dipenjarakan. puncanya ialah lelaki tersebut telah meniduri seramai 15 org anak gadis!

Memang benar kuasa mampu menghanyutkan dan melalaikan. selaku orang yang mempunyai pangkat yg dapat membantu menyokong kelulusan sesuatu permohonan maka datnag lah ramai yang gagal di dalam temuduga kali pertama dan kali ke dua untuk memohon sokongan beliau agar dapat diterima...

Sudah pastinya beliau akan membantu tetapi semua perkara ada harganya, maka org muda-muda berkata buat budi di balas body! sebelum beliau tertangkap seramai 15 orang yg telah sanggup menggadaikan mahkota kesucian mereka demi sebuah surat tawaran yg kononnya menjanjikan pekerjaan bergaji tetap! dan terpana aku mendengarnya iaitu termasuk 4 org yg BERTUDUNG LABUH!!!!

Cuma kisahnya setelah selesai mengerjakan wanita yg ke 15, wanita itu yang sebenarnya tida rela tetapi terpaksa kerana kemiskinan dan kefakiran keluarganya telah semat berdoa memohon ampun dan agar ALLAH menunjuki hidayah kepada pegawai tersebut..............

Ya ALLAH pelihara kami dari ftnah wanita dan dunia!!!!


Kisah 4

Aku juga sempat belajar suatu ilmu yang ingin ku kongsikan di sini... ada serang yg bergelar dato yg berkongsi ilmunya dengan teman sembang ku direstoran tadi... Gambarannya begini...
Dato tersebut baru sahaja berkahwin dengan seorang janda yg baru habis edahnya...kebetulan bekas isteri kawan yang bersembang dari tadi dengan aku sambil menikmati keenakan chichen chop. Dato tersebut mendakwa beliau boleh menjinakkan sesiapa sahaja wanita walaupun yang bertudung labuh dan alim... nak tahu bagaimana caranya???

menurut dato tersebut apabila beliau memanggil wanita yang akan menjadi mangsa dan beliau akan mengeluarkan kata-kata pujian seperti awak ni kelihatan cantik hari ni!!! AWAS!!! sekiranya wanita itu merasa bangga dan gembira maka sihirnya telah mengena!!!! maka wanita tersebut akan gilakan dato tersebut bahkan sehingga sanggup berzina dengannya walaupun ketika itu masih lagi isteri orang..

Justeru bagi mengelakkan terkena sihir tersebut wanita yg dipuji haruslah senitasa kembali mengingati ALLAH seperti beristighfar, bertahmid atau betakbir sperti dlm lagu yang dinyanyikan oleh raihan suatu ketika dahulu...


Begitulah serba sedikit kisah kehidupan yg dapat aku kutip di kembara aidil adha 1429H ini...banyak yg kita perlu pelajari sebelum memulakan langkah mengibarkan panji perjuangan di luar sana!!!

Tiada ulasan: