Khamis, 4 Disember 2008

Hari ini; Realiti Baru

salam...

seminggu dua ni banyak pengalaman baru yg menyapa diri, ada yang manis dan tidak kurang juga yg pahit...semuanya silih berganti menjadi asam garam kehidupan insan yg kerdil.

sedikit yg ingin dikongsikan krn hal ini tidak pernah dpt di bygkan semasa di alam kampus dahulu ttp nyata teori dan realiti kadangkala berbeza 180 darjah.

dahulu masih segar diingatan, betapa bersungguhnya shbt2 seperjuangan mencari mad'u bg memastikan kesinambungan perjuangan Islam yg dibawa. justeru, mahu tidak mahu persaingan dan pertembungan dgn shbt2 drpd fikrah yg berlainan tidak dapat dielakan apatah lg utk dihindari. lg banyak dugaan dan godaan yg menyerang anak usrah maka lebih gigihlah abg dan akak naqib/naqibah mempertahankan mad'u mereka. "kita tidak pernah berputus asa bahkan akan berjuang hingga ke akhirnya, untuk mengalah tidak sekali" kata salah seorang shbt yg hampir-hampir kehilangan anak usrah.

itu semua mahu tidak mahu terpaksa kita terima dan kita akui bahawa kadangkala persaingan yg sengit mampu menganjakan kualiti pengurusan dan pergerakan jamaah.

cuma itu dahulu, kisah di zaman belajar tetapi kini di alam realiti persaingan dan pertembungan ttp berlaku cuma skripnya jauh berbeda. dahulu dgn shbt2 yg berlainan fikrah ttp kini segala perebutan terjadi semasa ahli sefikrah dan dibawah bumbung 1 jamaah.

situasinya begini; jika terdapat seorang aktivis kampus yg kembali ke pangkuan kaw maka pasti dia akan menjadi rebutan seperti pisang goreng panas-panas. yg berada di front-line jamaah akan cuba memikat, yg berada di sayap ngo jg apa kurangnya. belum lg offer dan ugutan yg diberikan oleh alumni. adik-adik kampus jg kadang-kadang terus menagih khidmat. tak cukup dgn tawaran kaw dtg pula arahan negeri. maka sekali lg kebingungan lah sang mahaiswa td mencari penyelesaian. diluah mati emak ditelan mati bapa, kalau tak buat apa-apa sendiri yg mati!

bahkan hari ini, sudah mula kedengaran suara yg mengeluh dan mula saling menyalahkan. yg itu tidak penting, posisi kami lebih penting. kenapa kami tidak dibantu??? kenapa asyik team itu shj yg dpt??? dan mcm2 lagi yg terbit dr hati dan mulut para pendokong perjuangan ini...

sebenarnya mungkin kita terkeliru dan terlupa bhw di dlm keghairahan kita menegakan panji agama ALLAH ini semua posisi adalah penting dan mempunyai sumbangan terhadap Islam dan jamaah. baik di sayap jamaah mahu pun di arena ngo, tidak kurang yg berada front-line mahu pun di alumni semuanya itu adalah unit-unit dan entiti di dalam keluarga jamaah Islam yg syumul maka ibarat tubuh yg satu hilang satu anggota maka cacatlah ia.

rasanya tidak perlulah kita merasa iri hati tatkala melihat akan kejayaan shbt kita yg berada di unit lain di dalam jamaah sehingga menjadikan kita berusaha pula utk meruntuhkannya! alangkah baiknya sekiranya kita tumpang gembira melihat kejayaan satu-satu entiti jamaah dan seterusnya berusaha keras untuk memajukan entiti kita agar sama-sama berjaya dan berjasa.

cuma pada penelitian ini punca kepada kemelut ini adalah kurangnya sumber manusia yg dilahirkan dr kilang-kilang jamaah shgga menjadikan krisis tenaga manusia yg parah. justeru ana ingin sekali menyarankan kpd shbt2 yg masih berjuang di alam kampus perlulah dilihat kembali apa yg kita terapkan di sana adakah teori perjuangan dr kitab-kitab muktabar semata-mata ataupun sudah diasimilasikan agar sesuai dgn waqi semasa.

sedarlah wahai adik-adikku kita ingin melahirkan aktivis yg bukan shj jaguh di kampus tetapi jg seorang pejuang yg dapat masuk ke dalam arus sebenar perjuangan di peringkat akar umbi selepas menamatkan pengajian, yg mampu mengurai teori kepada paraktikal...

sekian

selamat berubah

wasalam...

Tiada ulasan: