Alhamdulillah rasa syukur yg tidak terhingga dipanjatkan kepada Tuhan sekelian makhluk di langit dan di bumi, atas segala nikmatnya sama ada yg telah disyukuri mahupun dikufuri.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagai insan yg lemah iman dan taqwanya kita sering tewas dengan ujian demi ujian yang diturunkannya. banyak cara kita tewas tetapi yang ingin saya kongsikan hari ini ialah betapa sangsinya kita dengan kehebatan Tuhan.
Nda percaya? Lihat sahaja diri ini betapa kita seringkali merungut dan mengeluh di atas segala sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak kita? Kita selalu bertanya kenapa ini semua terjadi kepada aku? mengapa ini semua berlaku? Bukankah sepatutnya macam ini? Walaupun kita sedar akan hakikat semuanya adalah ketentuan Allah!
Aku juga begitu, kadangkala terlintas juga di akal yang nakal ini mengapa aku berada di sini? tetapi kesempatan untuk di kampung halaman buat sehari dua ini memberikan sedikt kesedaran betapa sebenarnya aku beruntung berada di bumi gersang ini! Biarpun sunyi dan sepi dari perkembangan jalur lebar yang semakin pantas menghubungkan manusia dengan maklumat.
Walaupun dalam kesibukan di kampung sempat juga aku mencuri barang seminit dua untuk menjengah dunia maya yang agak jarang aku layari kerana masalah sambungan yg kurang baik dan tidak memuaskan. Lambakan dan ledakan maklumat yang diperoleh membuatkan dada semakin sempit dan akal semakin buntu.
Masakan tidak! setelah membaca banyak sumber terutamanya dari blog-blog yang membicarakan tentang jamaah (PAS) aku akhirnya terperangkap di dalam ribut kemelut yang sedang menguji dan mematangkan jamaah! Aku merasakan terlalu banyak maklumat yg telah dilambakan menjadikan diri ini serba keliru yg mana kawan dan yang mana musuh dalam perjuangan ini!
Persepsi dan pandangan aku juga mula cenderong dan memihak tidak lagi polos dan putih seperti dulu. sesuatu yg aku rasakan sebenarnya perkembangan yg amat negetif dan bahaya sekali. Rasa hormat dan thiqah kepada individu tertentu semakin susut dan reput. Semuanya kerana aku banyak tahu berkenaan apa yg orang cakap tentang mereka. Entahkan betul atau tidak berita itu tidak pasti tetapi apabila kita mendengar khabar buruk tentang seseorang susah untuk kita menerima mereka seperti tiada apa-apa yg berlaku.
Jadi baru aku tersedar dan tersentak betapa beruntungnya aku di sini kerana di sini aku tidak berpeluang untuk tahu apa-apa yg sepatutnya aku tidak tahu. Persis seperti sahabat-sahabat yang berjuang di seluruh negeri Sabah dan Sarawak. Tanpa ledakan maklumat tak bertapis ini mereka dapat bekerja membangunkan Islam dan Jamaah dengan hati dan perasaan yang tulus kerana persepsi mereka bersih daripada anasir curiga dan mereka dapat menerima semua pimpinan tanpa prejudis kerana mereka tidak mendengar cerita-cerita orang.
Bagi aku, mereka lah orang yang benar-benar BEBAS dan MERDEKA dalam dakwah pada hari ini kerana biar apa pun konfilk, fitnah dan ujian yang datang melanda Jamaah mereka melihat dari kaca mata yang cukup berbeda kerana di jiwa hanya terpahat komitmen untuk melihat Islam subur di bumi borneo tanpa belenggu dan hambatan letusan maklumat yg bisa memesongkan halatuju dakwah kita.
Dikesempatan ini sempat juga aku melihat kembali proses tarbiyah yg aku lalui dahulu dan aku dapati rupa-rupanya sememangnya aku hanya layak berada di sini kerana semasa di kampus dahulu aku tidak sempat untuk berguru RUKUN BAIAH KE 11 iaitu bersederhana! Yalah diwaktu itu para naqib hanya sibuk menyentuh 10 rukun shj sehingga tidak pernah dibincangkan kepentingan bersederhana yg menjadi prasyarat utama untuk pemuda dakwah alaf baru yang bergelumang dengan lebuh maya ini.
Ya! pentingnnya kita bersederhana dalam mempercayai maklumat, bersederhana dalam berpersepsi, bersederhana dalam menghukum, bersederhana dalam memihak, bersederhana dalam mengkritik, bersederhana dalam merancang tindakan kerana pada aku keterlaluan dalam hal ini sama ada terlalu lebih atau terlalu kurang akan menjerat kita ke lembah yang membinasakan dalam dakwah!
Kepada sahabat-sahabat yang melalui jalan tarbiyah yang telah aku lalui rasanya bersyukurlah kerana berada ditempat kita sekarang kerana tahap dan level silibus kita sememangnya hanya layak untuk digunakan di sini dan bukannya ditempat lain seperti yang kita dambakan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan