Khamis, 1 Mac 2012

Kenangan Terindah

Salam kerinduan...

lama dah tak mencoretkan sesuatu di sini...

dulu pernah mendedikasikan lagu wali band-mencari jodah buat teman-teman seperjuangan dan kini semuanya telah menemui pilihan hati masing-masing.

dan hari ini saya kongsikan video yangg dapat mengingatkan kita tentang kenanngan terindah masing-masing...rasanya mnaisnya sama walaupun versikita semua mungkin berbeda.

tahniah buat semua yang telah melangkah ke fasa ke dua dalam hidup ini: fasa Baitul Muslim!

Satu tribiut buat sahabat-sahabat seperjuangan dan se"PJ"

Rabu, 30 November 2011

Aku..Mahasiswa dan Idealisme 2!

Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan untuk menghadiri program pencerahan akidah berhubung dengan serangan akidah oleh Syiah..

Terdapat 2 pembentang yang hadir untuk berkongsi ilmu, seorang prof dan seorang pendakwah bebas. secara keseluruhannya dalam kesuntukan masa, sarat mindaku yang kian mengantuk kerana lewatnya tidurku semalam diasak oleh isi pembentangan yang sangat bermanfaat.

Pada mulanya selaku seorang mantan mahasiswa aku begitu tertarik dengan kaedah persembahan tuan prof yang menepati ciri-ciri pembentangan ilmiah menurut seleraku (mengemukan fakta, berkongsi maklumat) berbanding sang pendakwah bebas yang pada penglihatanku begitu ghairah menyerang (dengan hujah) dan bukannya menyerang..

Akhirnya sampailah kepada sesi soal jawab maka terkemukalah satu persoalan yang akhirnya mencetus polimik dikalangan kami yang beberapa orang ini.. soalannya berbunyi sekiranya benar-benar syiah ini mengancam keselamatan agama mengamakah kerajaan tidak bertindak tegas terhadapnya?

jawapan tuan prof:......(awalnya aku x dapat tangkap kerana x berapa faham jawapannya yg berbelit2)....saya lebih memilih utk mengatakan bahawa ia adalah sesat dan bukannya kafir supaya golongan ini tidak dikeluarkan daripada masyarakat kita...

jawapan sang pendakwah:...bagi saya ini persoalan akidah yang jelas bahawa mereka dalah golongan kafir yang terkeluar daripada Islam, tak perlu lagi nak berbahasa-basi...

termanggu aku sejenak; mengapakah dalam persoalan yang cukup besar ini tuan prof tadi masih memilih pendekatan mengemukakan padangan yang terasa rapuh??? bagi aku prof ini terikat dan terbelenggu sebagai kakitangan kerajaan yang tak boleh mengkritik kegagalan kerajaan mengambil langkah serius membendung ancaman bahaya kepada akidah umat ini!

dan ketika menjamah makanan tengahari terlintas difikiranku agaknya inilah hambatan yang dikesalkan oleh adik2ku sang perjuang idealisme mahasiswa apabila mengungkapkan kata-kata: hasrat kepimpinan pemuda adalah untuk menjadikan mahasiswa bermind set "penyusun selipar"....

marah benar mereka terhadap pandanganku.. aku pun hairan mereka menuntut keterbukaan dalam memperjuang idealisme mahasiswa tetapi mereka sendiri tidak beramal dengan prinsip utama perjuangan idealisme mahasiswa adalah kebebasan mengemukakan pandangan.

aku sebenarnya merasakan mungkin ada betulnya perjuangan yang mereka sertai ini agak mengongkong mereka daripada mengemukan pandangan dan kritikan terhadap pimpinan. aku juga mencadangkan agar lebih banyak pandangan dari mahasiswa di dengar kerana ia adalah fitrah manusia ingin di dengari...

tapi aku ingin melontarkan pandanganku di sini tak perlulah sang pejuang idealisme mahasiswa tak perlu lah merayu agar diri dihormati.. kerana penghormatan tidak akan hadir apabila engkau melaungkan teriakan hormatilah kami kerana kami mahasiswa!
bagi aku adalah lebih baik engkau perkemaskan dirimu sesuai dengan seorang pejuang idealisme mahasiswa.

aku cukup bimbang engkau hanya berjaya menjadi seorang pejuang idealisme semata nanti engkau kehilangan ciri mahasiswa kerana engkau mengenepikan prinsip asas seorang mahasiswa yang mencintai ilmu pengetahuan bukan sahaja terhadap apa yang engkau mengajikan tetapi juga terhadapap intipati perjuangan mu dan hal ehwal dunia di sekelilingmu dan juga diluar lingkunganmu! atau paling aku ngeri adalah engkau bukan lagi mahasiswa kerana engkau tak sempat menghabiskan pengajianmu!

bukan salah memberi pandangan dan bukan tidak baik mengkritik tetapi wahai adik-adikku sang pejuang lengkapkan dirimu dengan ilmu dan adab kerana benarlah manusia itu tidak sempurna bahkan banyak kelamahan tapi ketahuilah diriku ini dan dirimu juga tidak sempurna dan penuh khilafnya..

aku mengakui dengan sebenar-benarnya bahawa memang kepimpinan dizaman ini lemah bahkan amat lemah..begitu jauh daripada aspirasi yang engkau impikan. Aku berada di sini bukan kerana aku mahu tetapi belum ada orang lain yang ingin menggantikannya..
aku di sini sebagai mata rantai yang menyambung risalah perjuangan ini agar ia sampai pada mu..sekurang-kurangnya ia telah sampai padamu.. dan aku berdoa agar engkau bisa meneruskan kepada generasi sesudahmu!

alangkah indahnya bagiku sekiranya engkau bisa belajar akan hakikat bersabar dalam menempu jalan yang panjang lagi berliku ini.. tak lami lagi wahai para pejuang hanya setahun dua lagi yang menjadi pemisah antara idealisme mahasiswa yang begitu engkau agungkan itu dengan perjuangan realiti atau real-politik ini.

ketika itu datanglah engkau ke sisiku..tak perlu engkau rebut atau engkau bersusah payah lagi..insya Allah akan aku serahkan kerusi kepimpinan ini pada dari mu dengan rela hati...usah engkau ragu! hanya dengan satu syarat iaitu engkau bisa meletakan wala'mu pada pemimpin yang telah lama menghidupkan perjuangan ini...

Selasa, 29 November 2011

Aku..Mahasiswa dan Idealisme!

Hm...hampir dua tahun aku nda menulis di blog ini. Apakan daya internet yang kurang liputannya dan kehilangan semangat untul menulis menjadi antara puncanya...

Bila disoal baru2 ni tentang padanganku terhadap idealisme perjuangan mahasiswa??? aku terkedu seketika... lama sudah aku tinggalkan alam kampus, rasanya sudah kurang berminat nak memberikan ulasan tetapi suasana hari ini begitu hangat dan mendesak..

maka aku pun berusaha mencoretkan sesuatu disini...

aku amat menyokong idealisme perjuangan mahasiswa! kerana bidangku adalah bidang siasah..selok belok politik kampus menjadi gelanggangku dahulu. sudah semestinya gagasan idealisme perjuangan mahasiswa amat sebati denganku...

aku setuju dengannya adalah kerana ia adalah peranan sebenar seorang pejuang mahasiswa. ingin aku nukilkan disini perlu diingat adik-adikku sebelum kalian jatuh cinta dengan idealisme perjuangan mahasiswa..kenali dahulu apa asal-usulnya? ke mana hala tujunya? dan yang paling penting kenali dahulu diri sendiri; apa tujuannya aku disini?

aku merasa sedih hari ini bila melihat para pejuang idealisme hari ini. mereka menyokong sesuatu adalah kerana semangat bukan kerana ilmu. melaungkan sesuatu kerana merasa ia indah di mata bukan ia memahami intipatinya. akibatnya ramai dikalangan pejuang ini lemas di dalam perjuangannya bahkan bukan sedikit yang terkorban tanpa meneydari bahawa sebenarnya mereka tersesat kerana kejahilan.

amat pelik bagi diriku melihat mahasiswa yang kehilangan nilai ilmiahnya hari ini (tidak lagi membaca, mengkaji, mengamati) merasakan seolah-olah merekalah yang memulakan perjuangan idealisme mahasiswa ini sedangkan hakikatnya kepimpinan perjuangan mahasiswa dari dahulu lagi menegakkan idealisme ini tetapi bukan secara fanatik tetapi secara realistik.

hari ini mereka melaungkan bahawa suara mahasiswa itu suara keramat yang boleh mengubah pandangan masyarakat...aku bukannya ingin menentang impian mereka tetapi aku hairan dengan golongan ini kerana ada sesetengah dari mereka masih belum mampu membuat keputusan yang remeh bagiku. misalanya hari ini aku melihat ada dikalangan mereka yang tertewas apabila diunjuk tangan bersalaman oleh penyampai ijazah yang bukan mahram ketika majlis konvokesyen tadi. sedangkan ada seorang siswi yang tidak pun mempunyai fikrah perjuangan mampu meletakkan tangan ke dada sebagai tanda penolakkan yang cukup sopan =)

ada juga dikalangan mereka yang menyatakan bahawa mahasiswa tidak layak dilayan sebagai penyusun selipar. bagiku apa salahnya menyusun selipar! adakah idealisme perjuangan mahasiswa hari ini memberi gambaran mahasiswa hanya perlu berada di atas sahaja? tak boleh ka mahasiswa membuat kerja2 yang kecil dalam perjuangan? bagaimana nak memahami penderitaan rakyat sekiranya hanya nak jadi bos?

ingatlah kalian bahawa alam mahasiswa hanya sebentar sahaja.. jangan dibuai arus idealisme perjuangan mahasiswa ini sehingga akhirnya menjadi mahasitua yang saban kali menukar kursus dan universiti. jangan sampai tak habis mengaji sudahlah..

jangan kerana dek terlalu ghairah di alam perjuangan idealisme mahasiswa hari ini sehingga tersungkur di pintu praktikal sebelum sempat melangkah ke alam realiti.. kampus hanya medan latihan, pesanku ambil lah sekadarnya di medan latihan dan berbaktilah sesungguhnya di medan realiti. kerja perjuangan ini bertimbun menunggu anda semua wahai mahasiswa sekalian...

Akhir kata selamat berjuangan mencari kebenaran dengan ilmu... dan aku bersedia menyambut kalian di pintu gerbang perjuangan alam realiti..